INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

RPT Chuchoh Puteri berada dalam daerah Olak Jeram, mukim Manek Urai dan parlimen Kuala krai. Ahli parlimen Kuala Krai ialah YAB Dr. Mohd Hatta bin Ramli. Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Manek Urai ialah YB Mohd Fauzi bin Abdullah. Penghulu JKKKP chuchoh puteri ialah Encik Ramlee bin Ismail. Jumlah penduduk Chuchoh Puteri ialah 4500 orang. Penduduk yang berumur 21 tahun keatas seramai 2200 orang. Manakala, penduduk yang berusia 20 tahun kebawah sebanyak 2300 orang. Penduduk yang sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah seramai 21 orang. Seterusnya, jumlah penduduk yang sedang belajar di Sekolah Menengah Arab adalah sebanyak 32 orang. Jumlah yang belajar di Sekolah Menengah Kerajaan pula ialah 45 orang. Jumlah murid di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri ialah seramai 450 orang. Terdapat juga golongan Orang Kelainan Upaya iaitu 17 orang. Golongan warga emas pula seramai 32 orang. Chuchoh Puteri dilengkapi oleh klinik desa, perpustakaan awam, balai polis, masjid dan balai raya bagi memenuhi keperluan penduduk.

Populasi : Populasi komuniti chuchoh puteri adalah Melayu 98 %. Manakala, populasi lain terdiri daripada pendatang dari Thailand dan Indonesia sebanyak 2 % yang datang untuk bekerja dalam bidang pertanian iaitu getah.

DAERAHKuala Krai
DUNManek Urai
MUKIMChuchuh Puteri
PARLIMENKuala Krai
NEGERIKelantan

Purata umur penduduk disini :
1. Warga emas : Sederhana
2. Dewasa atau Belia : Tinggi
3. Kanak-kanak : Tinggi

Purata Pekerjaan:
1. Kerajaan: Sederhana
2. Swasta: Sederhana
3. Petani: Tinggi

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong


Lata Rek
Lata Berangin
Bandar Kuala Krai

Tempat Makan Menarik


Dataran Peladang
Dataran Damar

Homestay


Damar Inn
Zahaida Homestay
Kemudahan Awam
Perpustakaan Desa
Klinik Desa
Masjid
Balai Raya
Balai Polis
Pendidikan
Sek Keb Chuchuh Puteri
Kisah Kejayaan
Nama : Mazdira Binti Mat Sidi
Alamat : Kampung Chuchuh Puteri A, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
No. Telefon : 014-2915630
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2018

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Puan Mazdira merupakan usahawan dalam bidang perkhidmatan jahitan pakaian perempuan dan lelaki di Kampung Chuchuh Puteri. Beliau mula berkecimpung dalam dunia usahawan jahitan ini pada tahun 2012. Beliau juga mengambil upah menukar scuba tudung. Dimana pelanggan yang menggunakan tudung sarung boleh menukar bahagian awning mengikut peredaran fesyen. Beliau turut menjahit pakaian kanak-kanak. Uniknya perniagaan beliau ialah beliau mengambil tempahan dengan menggunakan kereta. Beliau bukan hanya tertumpu pada perniagaan di rumah. Tetapi, beliau memudahkan para pelanggan dengan mengambil tempahan pakaian melalui cara beliau pergi ke tempat-tempat tertentu yang berdekatan dengan pelanggan dan beliau akan mengambil ukuran serta kain pelanggan. Cara beliau dapat meluaskan lagi perniagaan beliau kerana pelanggan sekarang sukakan perniagaan yang dapat menjimatkan masa dan kos mereka. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 100.00 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah tidak tetap berdasarkan permintaan semasa. Beliau juga tiada strategi pemasaran oleh itu, pendapatan beliau sangat terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Chuchuh Puteri, beliau kini telah memiliki akaun facebook untuk mempromosikan produk beliau. Selain itu, beliau juga aktif mengambil tempahan dengan bergerak sendiri mengambil kain dan ukuran pelanggan. Pelanggan tidak perlu ke rumah beliau untuk membuat tempahan. Pelanggan beliau kini bukan hanya dijual kepada sanak saudara atau kenalan sahaja tetapi telah mendapat sambutan dari pihak luar. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah pendapatan bersih sebanyak RM 400 hingga RM 500 sebulan. Beliau banyak mempromosikan perkhidmatan jahitan beliau melalui online. Ramai pelanggan menempah terutamanya pada musim perayaan. Oleh itu, pendapatan perniagaan ini dapat menampung dan meningkatkan lagi taraf hidup Pn. Mazdira untuk memajukan lagi perniagaan beliau.




Nama : Mohd Adam Qayyum
Alamat : RPT Chuchuh Puteri B, 18000 Kuala Krai, Kelantan
Umur : 9 tahun
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Beliau telah memulakan kelas ICT bersama Pi1M Chuchuh Puteri bermula dari PI1M Chuchuh Puteri ditubuhkan. Seorang pelajar yang berdedikasi, sentiasa bertanyakan soalan ketika sesi pembelajaran berlangsung. Sebelum adanya PI1M Chuchuh Puteri masa beliau banyak dihabiskan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Setelah adanya PI1M Chuchuh Puteri beliau sentiasa berkunjung ke sini bagi membuat ulangkaji pelajaran, mencari info-info bagi menyiapkan kerja kursus dan sebagainya.

Keusahawanan
Nama : Che Zailawati Binti Che Wail
Alamat : Kampung Chuchuh Puteri A, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
No. Telefon : 019-9185419
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2018

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Puan Che Zailawati telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak tahun 2009. Beliau mengusahakan pelbagai jenis perniagaan. Bermula pada tahun 2009, beliau menjalankan perniagaan menjual pinggan mangkuk di sekitar kg Chuchuh Puteri dan kawasan luar secara ansuran. Beliau juga turut menjadi pembengkal madu kelulut serta tudung. produk beliau dijual secara online dan beliau sendiri akan menghantar tempahan kepada pelanggan. Pada tahun 2013, beliau mula berniaga dalam perkhidmatan kanopi. Dimana beliau menyediakan sewaan kerusi, meja (pelanggan boleh membuat permintaan warna kain yang membaluti kerusi dan meja mengikut warna tema majlis) untuk majlis perkahwinan serta majlis-majlis rasmi yang lain di kawasan kampung chuchuh puteri dan kawasan yang berdekatan. Beliau mengembangkan lagi perniagaan pada tahun 2017, dimana beliau turut melibatkan diri dalam perkhidmatan hiasan pelamin untuk majlis pertunangan dan perkahwinan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Chuchuh Puteri, beliau kini telah memiliki akaun facebook dan Instagram yang dapat mempromosikan produk beliau. Selain itu, beliau juga aktif mempromosikan perniagaan beliau seperti jualan pinggan mangkuk, madu kelulut, tudung, kanopi dan pelamin dalam aplikasi whatsapp. Pelanggan beliau kini bukan hanya dijual kepada sanak saudara atau kenalan sahaja tetapi telah mendapat sambutan dari pihak luar. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah pendapatan bersih sebanyak RM 1000 hingga RM 2000 sebulan. Beliau banyak mempromosikan barangan beliau melalui online. Ramai pelanggan menempah terutamanya pada musim perayaan. Oleh itu, pendapatan perniagaan ini dapat menampung dan meningkatkan lagi taraf hidup Pn. Che Zailawati untuk memajukan lagi perniagaan beliau. Strategi perniagaan beliau yang mempelbagaikan perniagaan dan juga giat mempromosikan barang jualan dan perkhidmatan kanopi serta pelamin menggunakan media sosial sangat membantu puan Che Zailawati meningkatkan hasil pendapatan beliau sekeluarga.